FelixEntertainmentDotCom


URL: www.felix-entertainment.com

 
BROADCAST – Our Press Release on the Internet!
To receive news update mailto felix-entertainment.com
 

   Date: 23 May 2015

Pelancaran Dua Perisian Bergerak (Mobile Content) P Ramlee
i) WEB PORTAL: The P Ramlee Cyber Museum 3.0 (www.p-ramlee.com)
ii) BOOK VIDEO: Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973)
 

Pihak kami berhasrat mencari mana-mana korporat, organisasi dan agensi Kerajaan yang berminat untuk berkerjasama sebagai penaja dan pengiklan sempena pelancaran dua mobile content P. Ramlee tidak lama lagi seperti berikut:

i) Web portal: The P Ramlee Cyber Museum 3.0 (www.p-ramlee.com)

The P Ramlee Cyber Museum dilancarkan kali pertama pada 22 Mac 1998 oleh mantan Ketua Setiausaha Negara Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid. Portal web ini berkongsi informasi paling komprehensif tentang P. Ramlee dan hasil karyanya di Internet. Bertujuan mempromosi P Ramlee dan zaman kegemilangan filem Melayu ke peringkat global. Sepanjang 15 tahun, ia telah berkembang hingga sekarang ada lebih 1,000 web page menjadi rujukan untuk lagu-lagu, filem-filem, koleksi gambar, peristiwa bersejarah, barangan koleksi, jaringan peminat, komen serta perbahasan, dan bermacam bentuk inforia tentang P. Ramlee sekaligus setiap pemain dan penggerak dunia filem Melayu klasik.

The P Ramlee Cyber Museum 3.0 akan dilancarkan sebagai ‘The Largest Homepage Tribute To Any Performing Artist That Ever Lived!’ Selain mempunyai perisian web terbesar di dunia bagi seorang seniman penghibur, portal web versi terbaru ini akan membolehkan pengunjung untuk muat turun mobile content Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973) dalam bentuk HD video dan audio MP3 hakcipta milik Felix Entertainment Dot Com. Menjadikan The P Ramlee Cyber Museum antara satu-satunya portal web dengan perisian ‘pandang dan dengar’ paling terlengkap di peringkat global.

ii) Book video: Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973)

Buku dalam video (BOOK VIDEO) berjudul Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973) mengandungi 10 mini episod tentang sejarah P. Ramlee dan zaman kegemilangan filem Melayu. Ia adalah adaptasi buku majalah Koleksi P. Ramlee. Susunan Zaedi Zolkafli. Kandungannya berbentuk dokumentasi sesuai untuk semua peringkat umur dan bermacam latar belakang. Ini satu-satunya perisian digital ‘pandang dan dengar’ di Malaysia mempunyai bahan teks berserta lebih 200 imej bergambar dengan muzik dan suara latar, sejajar perkembangan ICT masa kini.

Rancangan bersiri dalam warna ini berdurasi 12 minit setiap episod (kesemuanya 120 minit) diterbitkan dalam video format 16:9. Mobile content ini boleh diakses dalam HD video dan audio MP3 melalui bermacam peralatan seperti televisyen, komputer, laptop, tablet, telefon pintar dan juga kiosk awam di pusat pelancongan, kaunter Kerajaan, premis perniagaan dan pengangkutan jarak jauh.

BOOK VIDEO Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973) ini bercorak inforia dan bahan rujukan. Ia nanti boleh dimuat turun secara online untuk tontonan orang ramai pada bila masa dan di mana sahaja seluruh dunia daripada portal web The P Ramlee Cyber Museum. Kos untuk menonton setiap siri video ini adalah secara *percuma* akan dibiayai oleh iklan video penaja sebelum bermula tayangan. Rancangan 10 mini episod ini boleh diulang tonton macam YouTube. Ia juga akan dipromosikan di media sosial seperti Facebook. Mobile content yang pertama kali di Malaysia ini dijangka mendapat sambutan baik peminat P. Ramlee dan filem Melayu klasik.

Pihak kami berharap ada pihak yang berminat sebagai pengiklan untuk mana-mana episod Rencam Rencana Seniman Agung (1929-1973) seperti berikut:

 
    Episod Durasi iklan Durasi Video  
    Perkahwinan / Anak / Saloma 30:00 sec. 12:00 min.  
    Shaw Organisation 30:00 sec. 12:00 min.  
    Air Mata Di Kuala Lumpur – Bhg. 1 30:00 sec. 12:00 min.  
    Air Mata Di Kuala Lumpur – Bhg. 2 30:00 sec. 12:00 min.  
    Penyanyi Latar 30:00 sec. 12:00 min.  
    Tokoh Muzik 30:00 sec. 12:00 min.  
    Pengarah Filem 30:00 sec. 12:00 min.  
    Bikin Lagu 30:00 sec. 12:00 min.  
    Tanya Filem / Tanya Lagu 30:00 sec. 12:00 min.  
    Cakap Kawan 30:00 sec. 12:00 min.  
      TOTAL: 120:00 min.  
 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami melalui e-mail atau di nombor telefon +6012.742.0198.

Terima kasih.N

   
Zaedi Zolkafli
Founder / Chief Content Creator 'The P Ramlee Cyber Museum'
Penulis / Penerbit 'Koleksi P Ramlee. Susunan Zaedi Zolkafli'
Penulis / Pengarah / Penerbit 'Rencam Rencana Seniman Agung (1929 - 1973)'

Contact Information:

FelixEntertainmentDotCom
c/o Block 276, # 02-248, Yishun Street 22, Singapore 760276

FelixEntertainmentDotCom
c/o F-4-13 Block F, Seroja Apt., Jalan Putra Perdana 10, Taman Putra Perdana, 47130 Puchong, Selangor, Malaysia

Mailto felix-entertainment.com

View more
Press Release


Back to
MENU PAGE | MAIN PAGE