FelixEntertainmentDotCom


Zaedi Zolkafli
MYblog

(Zaedi Zolkafli is the founder of FelixEntertainmentDotCom and The P Ramlee Cyber Museum)


 

qadar buat anwar

aku amat kagum
seorang anak dilupakan bapa
terbiar dampar dan derita
enggan meninggalkan rumah-nya.

di balik jemari besi
kau masih mahu mengaji
mengangkat telapak ke atas
mohon qadak entah tiba.

harapan terkubur
di celah lorong mahkamah
dan fiesta kopiah bersejadah
kau tinggal pasrah.

maka aku tertanya
jika nelson mandela pernah berdoa
apakah lafaz bibirnya
panggil yang sama?

ini karma bagimu
menunggang jalan ke langit
ditendang tersungkur
ke bumi nyata.

kezaliman bukan akibat
     budak jongos yang tak cebok
     atau janda berambut besar
tapi ketetapan qadar-nya.

tiada terang dalam kamar kecilmu
segelap iklim di luar sana,
tak ada keadilan buat sesiapa
bila takdir di tangan manusia.

 

zaedi zolkafli
oktober 2016

 

More...
Zaedi Zolkafli
MYblog


Back to
FelixEntertainmentDotCom | The P Ramlee Cyber Museum