FelixEntertainmentDotCom


Zaedi Zolkafli
MYblog

(Zaedi Zolkafli is the founder of FelixEntertainmentDotCom and The P Ramlee Cyber Museum)


 

apa ada dengan Kau?

aku dekat
Kau jauh,
aku pergi
tiada lagi.

aku bantah
Kau murka,
aku lari
sampai dosa.

aku sabar
Kau alpa,
aku tunggu
sesia sahaja.

aku panggil
Kau tuli,
aku sukar
siapa peduli.

aku minta
Kau hampa,
aku syukur
untuk apa?

aku cari
Kau tiada,
aku percaya
kerana paksa.

 

zaedi zolkafli
jun 2017

 

More...
Zaedi Zolkafli
MYblog


Back to
FelixEntertainmentDotCom | The P Ramlee Cyber Museum