FelixEntertainmentDotCom


Zaedi Zolkafli
MYblog

Zaedi Zolkafli is the Founder / Chief Content Creator of FelixEntertainmentDotCom and The P Ramlee Cyber Museum

You can find here my postings under following categories:
MY Person
MY Posting
MY Poems
MY P Ramlee Tribute



 
 MY Person
 


 
Here's some bits about me posted on company web portal:

[ Personnel ] & [ Biografi ]

 

I am not on social media:
Instagram X
Tweeter X
WhatsApp X
MYspace X
LinkedIn X

 

But you can always follow me on our facebook page:

 / ZaediZolkafli

 / felixent

 / PuisiAnginSemalam

 / FillmoreRock

 

And you are welcome to contact me via the old-fashioned [ e-mail ]
 

 
zaedi zolkafli

Zaedi Zolkafli
@ 22 years old

Click to enlarge picture!


 
 MY Posting
 


 
malaise.my
Qadar Buat Anwar

Kali terakhir saya menyentuh genre puisi pada beberapa tahun yang lalu untuk mengemaskinikan kompilasi puisi saya di zaman mahasiswa ke dalam buku yang diberi judul Angin Semalam - sebuah jurnal puisi. Bagi saya, menulis suatu puisi yang menarik tidaklah amat sukar bila seorang itu didatangkan inspirasi. Karya saya semenjak awal lagi berbentuk Renaissance (pembaharuan) kerana lazimnya memilih subjek yang janggal dalam kesusasteraan Melayu seperti puisi berahi, tamadun, ateisma, dsb.nya. Lanjutan daripada itu lahirlah puisi terbaru berjudul qadar buat anwar yang mengundang agakan simbol dan maksud yang tersirat. Baca...

[ qadar buat anwar ]
Karya Zaedi Zolkafli

 

 

Puisi - Apa Akan Jadi?
Duration: 1:06 min.


 
malaise.my
P. Ramlee, Malaysia's Foremost Artist Mistreated

Malaysia mistreated P. Ramlee. He was never allowed to host musical program on the Government owned Radio Television Malaysia (RTM). His made-in-Malaysia films were banned, censored and left collecting dust. Fallen victims of local harsh ruling on “Sex, Horror and Violence”. Twenty-five years after his death, all station channels stopped air play his most popular song following the country's political turmoil. More...

[ P. Ramlee, Malaysia's Foremost Artist Mistreated ]
By Zaedi Zolkafli

 

 

Rencam Rencana Seniman Agung
Duration: 12:00 min.


 
malaise.my
Family Claimed Hospital Pusrawi Practices Medical Discrimination Against Poor Masjid Employee

Sometime in 2006, I posted an article 'Penyelia Masjid Mati Akibat Diskriminasi Oleh Doktor Pakar Di Pusat Rawatan Islam'. A much edited version was published by the Malaysiakini called 'Hospital pentingkan surat jaminan' on 6 Nov 2006.

A former editor of Harakah English section replied my e-mail with his deepest sympathy. He also suggested that I lodged a complaint with the Malaysian Medical Council. And so, promptly I did. Here is case update of the very cruel tragedy. More...

[ Family Claimed Hospital Pusrawi Practices Medical Discrimination Against Poor Masjid Employee ]
By Zaedi Zolkafli

 

 

BACH’s Bouree In E Minor
Feature Zaedi Zolkafli.

Duration: 1:25 min.


 
malaise.my
An advisory for ANYBODY sending postal items to Malaysia

If you have plan to send any postal item to Malaysia PLEASE THINK AGAIN. Chances are your mail would be intercepted at POS MALAYSIA BHD mails depot in the Kuala Lumpur International Airport. Yes, valuable items send to somebody (other than ordinary letters) MOST LIKELY be stolen including cash currency, money order, postal order, bank draft, check, personal items and gifts. In fact, EVERYTHING not safe!

The long tradition of thievery has been ongoing ever since it was a Government department. So shameful, indeed, because POS MALAYSIA BHD staff who are mostly indigenous Malays committed this perpetual crime. They have no sense of guilt even though stealing is prohibited in Islam and the ill-gotten gain is haram. More...
 

 
 

Zaedi Zolkafli's Fillmore
Official page

[ An advisory for ANYBODY sending postal items to Malaysia ]
By Zaedi Zolkafli

 


 
malaise.my
Penyelia Masjid Mati Akibat Diskriminasi Oleh Doktor Pakar Di Pusat Rawatan Islam

Berikut adalah catatan tentang detik terakhir abang ipar saya yang meninggal dunia pada 21.10.2006 setelah cuba mendapatkan rawatan di Hospital Pusrawi (Pusat Rawatan Islam) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

Pesakit bertugas sebagai siak (penyelia) di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Awal Ramadhan pesakit mula merasa kurang selera makan. Namun bertekad untuk berpuasa dan bekerja seperti biasa. Masuk minggu ketiga beliau telah kehilangan hampir 50% berat badan. Memandangkan keadaan serius beliau dirujuk oleh doktor klinik panel ke Hospital Pusrawi. Pakar di pusat rawatan Islam ini yang ditemui ialah Dr. Abdul Malik Bin Jamal Buhari keturunan India Muslim.
 

 
 

Bach and Roll
Web page

Malangnya, semasa empat kali temu janji dalam seminggu tiada rawatan yang doktor berikan pesakit. Waktu ini pesakit memang perlu dimasukkan cecair ke badan sebagai jalan penyelamat. Walaupun pesakit bertambah kritikal doktor tidak menahannya di wad hospital. Doktor enggan buat apa kerana menunggu HPE report yang kononnya hanya siap dalam masa dua minggu lagi. Pesakit cuma diarah pulang dan datang semula pada hari pertama doktor kembali bertugas selepas cuti panjang Deeparaya.

Pesakit tak sempat ke hospital untuk temu janji kelima. Dia meninggal dunia di rumah kurang 48 jam selepas bertemu doktor. Sebab sebenar kematian ialah dehydration akibat pukulan ubat pencuci usus yang diberikan doktor sewaktu buat colonoscopy. Malam terakhir pesakit sudah ketandusan stamina sehingga terpaksa merangkak ke bilik air dalam keadaan ceret beret. Berapa jam sebelum kematian, otak pesakit kehilangan kuasa sehingga meracu dan hilang daya penglihatan. Ini adalah petanda yang ubat Buscopan diberikan kepada pesakit juga tidak mengikut amaran keselamatan daripada pengeluar ubat tersebut.

Cuba bayang wajah seorang Melayu beragama Islam dan memakai kopiah terduduk dalam keadaan tenat di kerusi roda. Doktor tidak beri keutamaan kepada pesakit sebagai pelanggan. Sebuah pusat rawatan Islam yang tidak beri penghormatan sesama agama. Seolah Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq antara satunya yang ternama di Wilayah Persekutuan ini tidak termampu menanggung kakitangannya di Hospital Pusrawi yang teramat mahal. Lagi...

[ Penyelia Masjid Mati Akibat Diskriminasi Oleh Doktor Pakar Di Pusat Rawatan Islam ]
By Zaedi Zolkafli

 


 
 MY Poems
 


 
Bahagian 1
Puisi berahi. Karya realiti atau fantasi?
Oleh Zaedi Zolkafli

Puisi Melayu bertema seksual jarang sekali diterbitkan. Kalaupun ada mungkin dalam makalah lama di Indonesia atau bahan baru terbitan indie. Ini kerana imejan dalam puisi berunsur berahi dibentuk oleh baris-baris bait yang singkat menjadikan karyanya lebih rumit diolah daripada cerpen liar. Sesuatu metafora seksual digunakan simbol yang abstrak namun halus dilengkapi frasa lagi tersirat. Selain mengatur imejan yang estetik perlu juga disajikan kepada pembaca inti puisi yang diselubungi kemungkinan makna agar tidak tampak terlanjur.

Saya antara segelintir orang yang menghasilkan puisi Melayu bertema seksual. Perlu dinyatakan terdahulu kumpulan puisi berunsur berahi ini dipenakan pada masa lampau ketika usia lewat remaja. Sebagai mahasiswa muda di Amerika Syarikat era 1980-an maka saya lebih cenderung eksperimen bermacam tema puisi berkaitan situasi semasa. Kita akan menganalisis tiga buah puisi tema seksual dalam rencana ini. Lagi...
 

 
 

Heavy Metal Hall of Fame
Web page

[ Puisi berahi. Karya realiti atau fantasi? ]
Oleh Zaedi Zolkafli

 


 
Bahagian 2
Puisi cinta tak perlu merengek.
Oleh Zaedi Zolkafli

Kesusasteraan genre puisi menjadi medium pilihan ramai untuk melepaskan perasaan tentang suatu pengalaman dan persoalan. Kebanyakannya orang muda yang mahu eksperimen ayat-ayat romantis sebagai puisi. Terdapat bermacam tema puisi cinta datang dari jiwa penyair yang sedang bergelora. Lazimnya, puisi cinta bersifat negatif tentang pengalaman pahit membawa kepada kesedihan, kekecewaan, kehilangan, kehancuran, sebagainya diikuti persoalan seperti kekesalan, kemarahan dan keredhaan sebagai contoh. Terkadang baris-baris ayat yang diungkap begitu klise dan tersangat emosional hinggakan hilang inti intelektual buat pembaca. Puisi begini yang maknanya terlalu nyata semacam bait-bait lagu cinta popular.
 

 

Puisi-puisi Angin Semalam
Official page

Sebagai seorang penyair muda saya lebih produktif menghasilkan puisi tentang persoalan peribadi semasa juga pengalaman cinta lewat remaja. Inspirasi masa lampau datang daripada kumpulan puisi Muhammad Haji Salleh dalam Sajak-Sajak Pendatang (Dewan Bahasa dan Pustaka 1973). Saya terikut dengan gaya ekspresi keras untuk menyampaikan persoalan dalam puisinya. Muhammad ada menulis pengalaman hubungannya dengan seseorang namun kalaupun ini dikategorikan puisi-puisi cinta tidak pula menyentuh jiwarasa si penyair. Sebaliknya yang ditonjolkan hanyalah persoalan tentang situasi, persekitaran dan dilema dalam perhubungan. Ini membuat saya lagi cenderung eksperimen tema cinta yang jarang dipenakan. Kita akan menganalisis bermacam pendekatan tentang persoalan cinta dalam tiga buah puisi di rencana ini. Lagi...

[ Puisi cinta tak perlu merengek. ]
Oleh Zaedi Zolkafli

 


 
Bahagian 3
Puisi yang anti-serius sebagai fenomena sosial.
Oleh Zaedi Zolkafli

Istilah “anti-serius” diambil daripada komentari sebuah laman puisi Indonesia beberapa masa yang lalu. Ia bermaksud puisi-puisi yang temanya diungkap secara bersantai. Menjadikan kesusasteraan puisi bersifat mesra sosial sebagai medium komunikasi antara penyair dan pembacanya. Maka dibayangkan akan terjadi timbal balas si pembaca dengan penulis dan berikutnya. Misalnya, pengkongsian bait-bait cinta antara sepasang kekasih dan gurauan senda sesama handai. Sungguh menarik apabila seorang itu menyampaikan persoalan remeh mahupun kompleks dengan gaya mempersonakan.
 

 
 

Angin Semalam
Book video

Saya amat teruja dengan karya seni yang fleksibel kerana memang cenderung untuk eksperimen berbagai genre kesusasteraan samada penulisan, penglihatan atau pembunyian. Kita akan menganalisis tiga macam puisi yang anti-serius dalam rencana ini. Perlu dinyatakan terdahulu puisi-puisi ini adalah daripada kumpulan puisi yang dipenakan masa lampau berkisarkan situasi semasa di Amerika Syarikat era 1980-an. Merakamkan psikologi lewat usia remaja – cinta, seksual, sosial dan peribadi – dalam puisi di antara humor dan intelek. Seni itu rasa. Lagi...

[ Puisi yang anti-serius sebagai fenomena sosial. ]
Oleh Zaedi Zolkafli

 


 
Angin Semalam sebuah jurnal puisi
Zaedi Zolkafli

Angin Semalam adalah sebuah jurnal dalam puisi tentang pengalaman penulis sebagai seorang mahasiswa anak muda di Amerika Syarikat sewaktu era 1980-an. Merakamkan psikologi lewat usia remaja - cinta, seksual, sosial dan peribadi - dalam puisi di antara humor dan intelek. Seni itu rasa.

Buku ini mengandungi kompilasi 24 puisi yang dipenakan pada suatu masa lampau dan sekarang sudah sampai di penghujungnya. Semoga dapat diterima oleh para pencinta puisi dan menjadi inspirasi buat pujangga muda masa kini. Lagi...

[ Angin Semalam ]
ISBN: 978-967-10012-1-9
Dalam bentuk buku dan bookvideo

 

 

Angin Semalam
Book album


 
 MY P Ramlee Tribute
 


 
Koleksi P. Ramlee Susunan Zaedi Zolkafli

Saya terpanggil untuk menulis buku yang diberi nama Koleksi P. Ramlee setelah beberapa tahun menyelenggarakan laman web The P Ramlee Cyber Museum. Koleksi P. Ramlee adalah kesinambungan dalam usaha saya mengumpul dan berkongsi informasi berkenaan P. Ramlee. Kandungan buku ini disediakan berbentuk majalah supaya kelihatan menarik kepada pembaca semua peringkat umur dan bermacam latar belakang. Ia menjadi satu bahan rujukan paling komprehensif tentang lagu-lagu dan filem-filem yang telah dihasilkannya. Buku ini turut muatkan bermacam artikel yang mengupas hasil karya seni, peristiwa penting dan perjuangan P. Ramlee sebagai seniman. Ia mahu berikan perspektif yang berlainan dengan melihat semula rahsia kejayaan dan sebab kegagalan P. Ramlee sepanjang kerjayanya.

Agenda utama cuba dibentang ialah cabaran pihak berwajib dalam memperkayakan perisian P. Ramlee ke arah pendemokrasian hak kita sebagai pencinta seni. Ramai yang tidak tahu banyak filem P. Ramlee yang terus dipantau, digunting dan digam walaupun sudah meninggal dunia lebih 30 tahun. Semoga idea proaktif dan saranan membina dapat menjana perbahasan terbuka demi masa depan khazanah seni tanah air di era globalisasi. Lagi...

[ Koleksi P. Ramlee ]
ISBN: 978-967-10012-0-2
Dalam bentuk buku dan bookvideo

 

 

Koleksi P. Ramlee
Book magazine


 
The P Ramlee Cyber Museum

The P Ramlee Cyber Museum was launched by former Chief Secretary to the Government Ahmad Sarji Abdul Hamid on 22 March 1998 in commemoration of the 25th anniversary of his death during P. Ramlee Festival held at MATIC Kuala Lumpur. The early version with just three webpage was designed by a freelancer Ahmad Feisal Mohd. Kamil. It was so awful and amateurish that the company (Felix Entertainment) decided to delete the website immediately.

Zaedi Zolkafli took over development of The P Ramlee Cyber Museum before launching the next version with a new domain www.p-ramlee.com in 2001. The web portal has since grown in size with a wide variety of contents set to surpass 1,000 webpage in 2015.

Read what's in store for the P Ramlee Cyber Museum:
[ Tribute ]

 

 

The P Ramlee Cyber Museum
Web portal


 
P Ramlee International Fans' Club

Zaedi Zolkafli runs the P Ramlee International Fans' Club since 2001. The membership is FREE and becomes the de-facto official forum for this Asian film and music legend. At one point, the fans club posted regular updates and information on P Ramlee to over 1,000 members around the world. But over a long period, some old fans have passed away, the newer ones kept changing office e-mails, and the fans club becoming less active like other online discussion groups. Zaedi continues to reply comment and enquiry from visitors to the P Ramlee Cyber Museum.

Read selected postings from 2002-2015:
[ P Ramlee fans' mails ]

 

 

Rencam Rencana Seniman Agung
Book video



Back to
FelixEntertainmentDotCom | The P Ramlee Cyber Museum