Felix Entertainment

 

Angin Semalam
Sebuah Jurnal Puisi

zaedi zolkafli



 

Book title: Angin Semalam - sebuah jurnal puisi
Author: Zaedi Zolkafli
Publisher: Felix Entertainment
Year: 2012
No. Page: 44 (including cover)
ISBN: 978-967-10012-1-9

Web version: February 2012
Book print: August 2015
Book video: December 2015
 
© Zaedi Zolkafli / Felix Entertainment.
All rights reserved.

 

Kulit Buku | Penghargaan | Kandungan | Biografi | Bicara | Pertanyaan


 

Angin Semalam (versi web)

 
Prakata

Dalam zaman pendemokrasian ruang rakyat termasuk tuntutan corak kesenian dan budaya yang saksama, penerbitan buku puisi bukan lagi hak mutlak sasterawan gergasi.

Puisi yang halus bukan bahasa yang gila dan berjela sehingga susah faham erti maksudnya. Yang cantik tidak semestinya ilham yang terlalu kompleks buat minda. Yang bermakna bukan sekadar suara retorik si penyair kepada pembaca.

Di milenia baru ini, puisi kontemporari tidak harus terbatas kepada isu-isu patriotik, idolisasi atau mengampu hanya untuk mendapatkan endorsement sang politikus. Lebih lagi bermakna jika bersifat peribadi tentang persekitaran hidup, alam dan masa. Untuk dikongsi bersama.

Trend bagi masa hadapan yang harus dipupuk dan dirangsang ialah kecenderungan kepada puisi yang anti-serius dan sekadar bermain-main. Ini lebih menarik kerana dalam bentuk yang menghalalkan 'kebebasan' itulah kita dapat melihat fenomena sosial yang saling berkomunikasi dalam bentuk puisi.

Angin Semalam adalah sebuah jurnal dalam puisi tentang pengalaman penulis sebagai seorang mahasiswa anak muda di Amerika Syarikat sewaktu era 1980-an. Merakamkan psikologi lewat usia remaja - cinta, seksual, sosial dan peribadi - dalam puisi di antara humor dan intelek. Seni itu rasa.

Buku ini mengandungi kompilasi 24 puisi yang dipenakan pada suatu masa lampau dan sekarang sudah sampai di penghujungnya. Semoga dapat diterima oleh para pencinta puisi dan menjadi inspirasi buat pujangga muda masa kini.

 

1

 


Kulit Buku | Penghargaan | Kandungan | Biografi | Bicara | Pertanyaan

Also available in
BOOK VIDEO | BOOK AUDIO

Other Books



Back to
MENU PAGE | MAIN PAGE