Felix Entertainment

 

Angin Semalam
Sebuah Jurnal Puisi

zaedi zolkafli



 

Book title: Angin Semalam - sebuah jurnal puisi
Author: Zaedi Zolkafli
Publisher: Felix Entertainment
Year: 2012
No. Page: 44 (including cover)
ISBN: 978-967-10012-1-9

Web version: February 2012
Book print: August 2015
Book video: December 2015
 
© Zaedi Zolkafli / Felix Entertainment.
All rights reserved.

 

Kulit Buku | Prakata | Kandungan | Penghargaan | Bicara | Pertanyaan


 

Angin Semalam (versi web)

 
Biografi

Zaedi Zolkafli dilahirkan di Alor Gajah, Melaka. Pernah bersekolah di Balestier Hill Primary School (West), Singapura dan Alor Gajah English Primary School 1, Melaka. Dia menamatkan pelajaran menengah di Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Tahun 1980 Zaedi pergi ke Amerika Syarikat untuk mengikuti kursus persiapan singkat di Southern Illinois University of Carbondale, Illinois. Selepas itu dia memulakan pengajian di Southeast Missouri State University, Cape Girardeau, Missouri dan mendapat ijazah Bachelor of Science in Finance. Kemudian menyambung pelajaran di Golden Gate University, San Francisco, California dengan memperolehi Master of Business Administration in Management.

Zaedi mula menulis puisi sejak tahun 1979. Dia juga mengambil berbagai kursus dalam bidang seni lukisan, muzik klasik dan kesusasteraan filem sebagai kurikulum tambahan semasa di universiti. Dan mendapat kedudukan yang teratas secara konsisten dalam semua subjek tersebut.

Sesudah kembali ke Malaysia dia mula bertugas sebagai pegawai eksekutif di bank pusat dan kemudian menjadi perunding pengurusan kanan di sebuah firma perunding antarabangsa. Zaedi ialah pengasas lelaman web Felix Entertainment (www.felix-entertainment.com) dan The P. Ramlee Cyber Museum (www.p-ramlee.com) yang mula beroperasi awal 1997. Dia juga penulis buku majalah Koleksi P. Ramlee yang diterbitkan pada 2011.

 

 

4

 


Kulit Buku | Prakata | Kandungan | Penghargaan | Bicara | Pertanyaan

Also available in
BOOK VIDEO | BOOK AUDIO

Other Books



Back to
MENU PAGE | MAIN PAGE